CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 9, 2014

Siapakah jodohku?


Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
 
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
 
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
 
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
 
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
 
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
 
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
 
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
 
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
 
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
 
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
 
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
 
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
 
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
 
Tolong tegurkan  jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
 
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
 
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
 
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
 
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
 
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
 
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
 
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
 
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
 
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
 
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
 
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
 
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
 
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
 
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
 
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
 
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
 
 
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua

SUNYI

Erhhmmm2..wah besawang blog ni noh, lama tak cuci dia..Topik harini takda la best sangat cuma nak berkongsi rasa hati yang lara maybe :(

Kadang-kadang kita rasa sunyi tu bukan bermakna hati kita sunyi dari Allah, jauh dengan Allah. Tidak..Sebab kita manusia biasa. Hati rasa sunyi adalah fitrah semulajadi kita.
 

Hati manusia mana yang tak pernah rasa sunyi?
Langsung tiada kaitan hati rasa sunyi dengan hilang kebergantungan pada Allah atau menunjukkan kita sudah lupakan Allah.

Sunyi itu kadang-kadang damai.
Bukan seluruhnya bahagian kesunyian adalah meresah atau memudaratkan

Sunday, July 13, 2014

Jauh


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.
Ingin aku beritahu padamu.
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.
Ibu bapa  yang begitu sempurna.
Dengan cinta yang begitu mekar.
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga.
Maka, padamu aku katakan.
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah.

Padamu yang Allah pilihkan untukku.
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna.
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.
Kerana kelak kita akan bersatu.
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’.

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku.
Ingatlah.. 
Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.
Maka, ketahuilah.. 
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan.
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah.
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah.
Namun tatap mataku, tersenyumlah. 
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu.
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah.
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku.

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku.
Ku memohon padamu.. 
Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi.
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya.
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku.

Wednesday, March 19, 2014

Masih adakah cinta untuk aku miliki?

Cinta bukan harus ditunggu tetapi harus diraih....cinta bukan hanya perlu diucapkan tetapi perlu dibuktikan.... seperti mana kita ingin dicintai tuhan kita harus membuktikan bahawa kita juga mencintainya begitu juga dengan cinta manusia.cinta seorang ibu perlukan pengorbana,cinta seoarang kekasih perlukan kesetiaan,cinta sesama umat perlukan keihlasaan...cinta sejati sangat sukar ditemui tetapi ia ada...bahkan sebenarnya ia hampir hanya saja kita belum cukup membuktikanya bahawa cinta kita juga ada.... but mahih adakah cinta untuk aku miliki? :(

Wednesday, January 29, 2014

Jatuh cintakah aku?


SEKUAT mana kita setia
SEHEBAT mana kita merancang
SELAMA mana kita menunggu
SEKERAS mana kita bersabar
SEJUJUR mana kita menerima...

Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya

Monday, January 13, 2014

Salam Mulidul Rasul


Maulidur Rasul

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan 


"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

 Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM

Monday, January 6, 2014

Homemade Ice-cream~~

                

Semalam dah plan nak try buat Homemade Icecream..


Bahan-bahannya :

1 tin susu pekat manis 
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila


Cara buat;
masukan 1 tin susu pekat dan 2 tin air masak(bekas susu tin tu yer sukatan).masukkan tepung jagung..kacau sekata dan masak atas api sederhana dalam 10 minit(agak-agak tepung jagung tu masak)..angkat dan sejukan sebentar dalam 10 minit kemudian masukkan ovelete dan esen vanila..pukul adunan hingga kembang macam adunan kek..masukkan dalam peti sejuk beberap jam..dah boleh hidang

ikut suka nak perisa apa ya :)

SELAMAT MENCUBA^^

Friday, January 3, 2014

HAPPY 50TH BIRTHDAY...


Bapa dengar ni kakak nak bagitau.Kakak nak ucapkan selamat hari lahir untuk bapa.
yang ke 50..:)Alahamdulillah syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat oleh Allah kepada kakak dan adik2 kerana dikurniakan bapa untuk kami..


terima kasih bapa kerana telah mendidik kakak dan adik2 menjadi  anak yang baik di hati ayah..*betul ke kami baik di hati bapa??hehe...


terima kasih jugak sebab didik ibu jadi seorang ibu yang sangat penyayang..sangat baik hati,dan sangat taat pada ayah dan paling best ibu yang sporting..



SELAMAT HARI LAHIR BAPA..
ni ucapan ikhlas dari KAKAK & WAKLI ADIK2 ..
Terima kasih Bapa, dengan kasih sayangmu kini anakmu ini mengerti semua dan Segala yang bapa berikan kini akan selalu kakak dan adik2 ingat
Di hari ulang tahunmu yang berbahagia ini kakak doakan
Agar bapa selalu di beri kesejahteraan, panjang umur dan selalu dalam lindungan-Nya..Amin Happy birthday bapa..We love u...

Monday, December 30, 2013

Senyumanmu... :)




Seorang lelaki/wanita memang memiliki pesona atau aura yang luar biasa kan? boleh dikatakan dari hujung rambut sampai hujung kaki ada memiliki daya memikat yang mampu membuat wanita/lelaki di luar sana jatuh cinta.


Aduhh duhh duhh...


Dari lirikan matanya, cara percakapannya dan dari kuntum senyumannya, semuanya mampu menggoyang jiwa... seperti kata pepatah 
“ senyuman yang terjadi dalam sekejap tetapi kenangannya berlangsung selamanya “.


Lagipun senyuman tu kan sedekah... =)

p/s : pada aku pula lelaki yang susah tersenyum(bukan semua lelaki ya :)) tapi bila sekali tersenyum ya allah boleh luruh jatuh tergolek-golek jantung den ni oiii....

Countdown to New Year





As time passed , sheet -by- sheet has passed .

Graffiti has met the sake of graffiti ,

sometimes meaningless ,

sometimes without meaning ,

or only little meaning .

Hopefully this year each sheet has a meaning ,

each sheet useful .

Happy new year 2014.

Hopefully more successful .