CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 27, 2010

Lailatul Qadar


LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.

Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.



Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.



Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud:

“Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud:

Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.

Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.



Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.


Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti :

* Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
* Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.
* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah :

* Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
* Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.


Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu.


...salam takziah. ..


assalammualaikum.

SALAM TAKZIAH

untuk keluarga NURUL FADLIYANA atas pemergian arwah AYAHDA TRCINTA tengah hari tadi.


Ya Allah. Engkau cucuri-lah rahmat-Mu ke atas roh-nya.
Ampunilah dosa-dosa arwah semasa hidup.
tabahkan-lah hati mereka-mereka yang ditinggalkan arwah...

AL-FATIHAH

p/s : hidup tak lame seperti yang kita jangka-kan.

p/s/s : buat selagi mampu. hargai selagi boleyh.

p/s/s/s : sedihnyerrrrrrr atas dudaan yg menimpamu kwn ku..byk2 besabar ye,,... huk.

Wednesday, August 25, 2010

Bodow jep


aku da bukak new post kt blog aku nih..
tp bile kua windows blog jep,
tatau plak nk tulis ape.
td mase wat keje, beribu riban idea.
heh.
tutop blk ah.
agagga~

p/s : aku serabut,serabai,blur n bda yg sme waktu dgn nya sebenarnye hari nih. ;)

HARI KE 15 PUASA....

alhamdulillah skrg kte smua dah masuk minggu kedua bulan ramadan......
sukur coz kte dapat lg menjalani ibadat puasa di bulan mulia ini....
emmm sbnr ny ak nk kongsi ckit cita nih,,,hihihi
akibat x da idea nk masak apa pda hari ke 15 bulan ramadan ini.....
so ak n ibu ak telah mencipta 1 manu baru yg asa ny x pernah d buat owg hihihi...
jeng...jeng...jeng.....huhuhu....gulai sardin....* korng agak2 sedap x*...hihihi....klu nk tau apa asa nya try la dlu.....n lg 1 manu....xda la pelik bunyi ny.....masak sos udang.....n telur dadar huhuhu....akibat kebuntuan idea..... jdi itu jew manu yg mampu d' hidang kn sbgai manu berbuka pd tanggal 15 ramadan ni wekwekwek!!! SELAMAT BERBUKA PUASA!!!!

Tuesday, August 24, 2010

sYumLah...SyumLah....Wahai CiK meK m0Lek!!!

nape aku suke senyum??
aku suke senyum sebab aku mmg akan tersenyum
xkira masa…hahaha(cam sengget lak kan?)
antara sebab2 aku suke sangat senyum ialah:

1-sebab mak aku selalu nyanyi kat aku..senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek.so,aku mmg suke senyum sbb mak slalu pesan....hihihhi xda la....dah memg ak ska syum kn...so lebih kurang hebit la tu

2-sebab bila senyum kite akan jadi lebih mesra alam..hehehe
bila dah senyum orang xkan ckp ko sombong lagi..so kite
akan ade ramai kawan.so aku suke senyum sebab aku suke ramai kawan.

tapi aku xde la senyum 24jam dan 7 hari seminggu…kadang2 kite juga ada emosi tersendiri..
penat,marah,tension,serabut,serabai
tapi ubat segala syndrome2 di atas ni dapat
di ubati oleh
seukir senyuman yang ikhlas dari lubuk hati”

~test is killing me~ waaaaaaaa!!!!

hmm... biasala hidup sebagai seorang student nih.. test je memanjang... aku plak.. sejak naik sem aritu, tiap2 minggu bz  je.. mmg msa agak pack.. cewah.. pdhl sj jew menyibukkn diri.. hmm... mcm minggu nih ... ak dah start test lg...dgn quiz lg nya...aduyai.... quiz vb n pm.. da la vb tu ak x phm pe mase lecture ngajar.. last minit nk study ni br la paham sket.,,huhuhu. jwb test pn xtau la mcm mane .. huhu.. harap dapat la markah lbh sket. wahahah.. jmaat ny ada test lg... nasib bek subjt ak minat.. wlupon dlm kelas belajar punye la mengantuk je.. rase nk tdo je.. tp insyallah ak blh cachap blik.. tuang kelas dah pndi ak skrg nih ...jht kn hihihi.. t msk la blk.. hmm..... jgn marah ye.. k lah tu kn2.....

solat dan saintifik

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Thursday, August 12, 2010


Alhamdulillah dah pon masuk 3 hari kita dalam bulan Ramadhan..Time flies so fast without us realizing it..As for me now...

Yesterday, menu berbuka yang di'serve' agak kurang menyelerakan left me no choice just to telan jer la apa yang ada..nak demand lebih karang tak pasal² ibu bagi I senduk ngan kuali suruh masak sendiri...I boleh jer nak masak sendiri...Just ingredient jer yang tak cukup..Alasan eh cakap jer la malas masak..=p

So menu hari ni agak okay sikit..,..so beselera la i mkn ari ny..hihihi.

Tuesday, August 10, 2010


Assalamualaikum.

Anyway, before menerus kemerapuan aku di pagi 1 Ramadhan ni, aku nak ucap :

Happy Fasting!! Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Cepatnya masa berlalu,
baru semalam rasanya menyambut 1st Ramadhan

dah setahun berlalu...

bagaimana agak nya Ramadhan tahun ini..mungkin Ramadhan terakhir untuk aku..
segalanya mungkin.....
 
Jangan ponteng terawih weyh. Tapi kalau rasa-rasa perut senak sebab berbuka makan banyak sangat, aku rasa ponteng jgk solat tarawih auk nih!!!
*tumbuh tanduk kecik kat kepala aku. Nak menggantikan setan yang kena ikat *

Tak-tak-tak. Jangan buat kerja tak senonoh ni. Aku memang sengal.. Hehe.

Ok dah. Serious part!!, kepada perempuan yang malas ganti puasa, makan pil pelambat haid untuk tak datang period time bulan puasa adalah haram. Kata Uztad dalam Youtube. Lupa nama dia.

Oh ye, kurangkan mencarut. Banyak mengucap. 
Akhir sekali,
tak banyak yang aku pohon utk Ramadhan kali ini...

Aku MAHU jadi leBIH BaIk Dari tahun2 yang lalu,
tahun2 aku mensiakan peluang besar yang Allah kurniakan pada hambaNya utk mengumpul bekal menuju akhirat...
apa aku MAMPU?

IF IT IS TO BE,
IT IS UP TO ME!



Friday, August 6, 2010

GEMUK KE?


....Hmmmm.....


Kalau body ak sebesar nasha aziz korang kata ak gemuk....
dah tu, orang yang body mcm ning baizura tu apa...Obes?
Dah tu...Adibah Noor pulak kategori apa tuh?

Nasiblah body aku Kim kardashian type...hahahahaha
(perasan jap =p)

OUT OF MY MIND bila orang sekeliling aku begitu obses dengan kegemukan. Yang best, orang lain nak kurus, apsal berat ak skli nk djdikn isu....aduyai....
xpew2 bln puasa ny ak comform berat bdan ak turun....tgok la ko orang (wlupon bdan ak ny x la seberat mna kn)...hihiih

Thursday, August 5, 2010

TERKENANGKAN ARWAH TOK AYAH AKu!!!!

al fatihah buat arwah TOK AYAHku. semoga beliau bahagia 'di sana', insyaAllah.
yang masih hidup, sama2 kita reflect diri selalu, sebab diri ini memang takkan terlepas buat silap.
semoga sama2 kita beroleh ketenangan, dan sama2 kita buru keredaan Allah di bulan Ramadhan yang bakal menjelang lbh kurang seminggu lg.
maafkan saya, halalkan segala makan minum.
moga kita sentiasa di bawah rahmatNya. hm.
hargai semua orang yang masih di sisi kita, sebab kita tak tahu bila Dia akan menjemput kita, atau mereka yang kita sayang.
kirimkan salam saye pada atuk2 anda yep. saye rindukan tok ayah saya.. hargai ibu bapa kita, hargai sanak saudara kita, hargai datuk dan nenek kita. sesungguhnya bln Ramadan & Syawal itu adalah masa untuk kita sama2 mempererat silaturahim, insyaAllah...
ya Allah, rapatkan ukhuwah antara kami semua, muslimin muslimat, moga Ramadhan yang bakal menjelang ini dapat kami laksanakan ibadah padaMu dengan sempurna. insyaAllah.
ya Allah, ampunkan dosa2 kami...

BAD mO0d

Arini mood x beberapa nak baik..Nape tah..
Sebenarnya tau nape, tapi saje je wat tatau...
hahahahaha..
[mencuba mengelakkan diri tapi hati ni pedih]
wow ayat tuh, xleh blaa...hahaha..
Sendiri mau ingat laaa.. [ditujukan pada seseorg]
nak tau sape, lu fikir la sendiri..ahahaahaha..
geram gile ar..
Sabar... sabar... sabar...

Assingment!!!!!Assingment!!!Assingment!!!!!

huh!!!
byk lg keja ak tertangguh......
assnment betimbun2....
byk lg mklumat x dapt....
LINUX....
DATA COMMUNICATION...
PC MAINTENANCE....
STATISTIC.......
WAWAWAW!!!!!!!!!!!!!! bnyk gle dowh....hLEP ME!!!!!!!!!!!!
emmm nma jew keja by group....tp..mcm bt sowg2....
jgn merungut ira!!! kau yg nk wat sowg2 smua ny kn2....
hahahah memg pon....pdn dgn muka ak kn....
emmmm ak kna settel kn dlm msa 2 ari ny gak,......huh!!!