CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 25, 2011

BENGANGNYEEEEE !!!

tak tau nak cerita macamana...
tapi......
bengang aku ni buat aku sedih jugak ..

perasaan aku sekarang rasa macam
nak marah orang !! aku bengang  !
bengang  ! and bengang sangat !!

tapi

rasa nak menangis pun ade jugakkk.... hmmmm...

kenapa ni iera ?...
tolong larhhh... tolong kembalikan mood saya... hmm

mo0d : bosan der !!!!!!!!!

 assalamualaikum

hai readers.. apa khabar ? korang mesti sihat kan .. kalau sihat tu alhamdulillah lah .. heehe

hmmm.....

sekarang sudah bermulanya cuti semester ak yang membosan kan.. member2 yang lain semuanya ada aktiviti masing2.. busy je aku tengok diorang semua.. grr, sumpah jelez ....

patut lah diorang berkobar-kobar sangat nak balik awal.. sebelum habis final pun dah duk kalut2 kemas barang  ..

apa yang aku boleh buat, cuma menghabiskan masa aku depan laptop jelah.. adoii, bosan kot... grrr
bila dah bosan macam ni...hari2 megadap laptop pon bosan jugk....dah ctau nk kelebek apa hadoiiiii
 
bosannn laaa....

????

Tika dan saat ini..bermain2 satu persoalan di minda, benak, dan perasaan..
Walaupun dah lama mengenali, persoalan ini tetap muncul..dan menjadi lebih hebat pd masa sekarang.
Bermacam spekulasi dan teori yg aku monologkan tentang dirinya. Mmmmm...~~~


Sunday, May 22, 2011

AL - FATIHAH

Salam...

Semua sedia maklum dengan tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat Selangor..

Memang sebak...ati ak mudah terusik bila tg0k kanak2 yang malang apatah lg yang ditimpa musibah sedemikian...sjujurny ak nih jarang tg0k berita sebab b0san asyik2 dengan cerita pOlitik je...tapi semalam ak tengOk berita sebab nak taw perkembangan tragedi nih...ak btambah tersentuh apabila temubual dengan nenek dan kawan baek kepada mangsa yang terkOrban...

...mereka dah pernah merasa kehilangan orang tua mereka di usia muda...tiba2 ditimpa musibah sebegini....sangat menyentuh perasaan....bayangkan kalo tiba2 orang kita meninggal...adik2 pulak ditimpa musibah sedemikian...ya Allah...

Ini bukan julung kalinya tragedi sedemikian terjadi....siapa blh menduga musibah akan menimpa anak2 ini...? tapi jika kerakusan dunia diketepikan dan bumi ditadbir dengan baek InsyaAllah kejadian seperti ini buley dielakkan / dikurangkan...

Semoga mangsa2 yang terkOrban ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

....Al-Fatihah...

Thursday, May 19, 2011

 
Dulu sepi seribu bahasa , kini menjadi ceria... oPpSSsss.. mungkn syg nie hadir secara tiba2..hadir bila memerlukan.. hadir bila terasa sepi, dan muncul dikala sedang resah mencari jalan yang xpasti.. kehadiran nya mmbuat dunia yang sepi kembali gembira..ketika aku sesat mencari jalan, kau hadir menjadi petaku,,...dengan kasih syg yang diberi ini , sudah cukup membantu aku meneruskan perjalanan ini kan..

Jom kenali diri ku .... btul ke ta xtau la ...


ANAK DEGIL 
Degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua ak jer yg betul..dlm ramai2 adik beradik ak jer yg keras kepala n degil .. kemahuan ak kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya,..

TAK PANDAI PUJUK

memang ak ni  tak pndai pujuk owg...klu menjadi tu menjadi la pujukannya tuh...klu xmenjadi pujukan ak nasib la owg tuh hahahah

BERCINTA

  ak kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …caring. ..(caring kew?) hahahh..

HITAM / PUTIH

Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI

 nampak jer keras…tp hati ak ny lembut juga…

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah….. mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan...

PEMAAF
seorang pemaaf…TAPI awas jgn bg ak marah….kalau  marah faham sajer lah

PAKAIAN

semua nak kemas....biar la sesimpel mcm ne pon tp biar la kemas..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Renungan utk diri sendiri

Jangan bersedihsekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha’ serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha’ dan qadar.

Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih, kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu…


ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Selamat Hari Ibu buat ibuku

Monday, May 2, 2011

i luv a guy tackle me likeeeee. . .


1. talks to me about something that make me laugh such as *menda mrapu yg byk mggunakan otak utk bfikir*

2. always give me a noty smile  *anything 4 y0ur smile* hahaha

3.ta terlalu manjakan ak dlm smua hal.

4. suka bterus trang gn aku tak kera lahh bnda bek or burok kaa..jnji bterus trang

5. aku suka laki yg suka mlawak ksaq, so mlawak ksaq gn aku pon da kira cara tackle aku hihii * ehh jgn mlwak yg sensitif ok t tak pasal dapat plempang! HAHA

6. haaa yg aku ska jgak..tackle aku dgn cara : bila da masok waktu solat dea ingatkan aku * ehh  da masok wktu solat la,jum solat dlu .....* kan bgus:)