CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 31, 2010

2011 is c0oming up!!

Aku ni tahun baru ke tak tahun baru ke sama je bagi ak.. Ada azam takde azam bagi ak sama sahaja, apa ak nak ak usaha, apa ak tak nak ak buat bodoh je.. bukan tunggu tahun baru baru nak ada azam kn2 ..?

Orang kata tahun baru ni permulaan yang baru untuk life kte btl kew?....like reset g 2 lah.. arghh.. dalam hidup ak takde reset2 ny p0n.. grrrr..

Apa pun definisi tahun baru bg stiap individu amat berbeza perspectiv ny right???.. ak dengan cara ak, korang semua dengan cara korang janji bahagia...ala2 lagi KuBahagia g tu heeeee...

By the way belom tlambat utk ak wish Selamat Tahun Baru untk rakn2 blogger ak & sluruh dunia lah kiranya..n  terima kasih Tuhan kerana beri kesmpatan utk diri ini masih ada nyawa....

Monday, December 27, 2010

bakal berakhirnya cuti sem ku!!!! xsabar2!!

Sekian lama nya jari-jemarai ak tidak bebicara tup tup cuti semester dah nak berpenghujung dah!!  …waaaaaa cept2 la cikit msa berlalu dh x sabar nk g colleg nk jmpa teman2 ku dah rindu tahap gaban woiiii… n xsabar juga untuk mulakan sem baru....sem4 heeeee!!! teman2 wait 4 me okeyh!!!!! i mish u alll like crazy d0e..!!! i will c0me back yoWw!!! hehehehh

Monday, December 13, 2010

Debaran Semakin Terasa!!

huhuh..
usaha selama beberapa bulan
akhirnya..!!!
penantian itu sudah akn berakhir
semoga kami sume *DCSN '10*
success!!
study bagai nk rak,result biar gempak...
cewahhhh....bagai nk rak la sgt study tuh...tuiihhh heeee
chaiyok22...

Wednesday, December 8, 2010

~Maal Hijjrah~

salam semua
sekarang dah masuk tahun baru..tahun hijrah
1432 hijrah
semoga tahun ini kita lebih banyak melakukan amal kebajikan
berdamping dengan -Nya
pesan tuk diri aku..family aku...kawan2 aku...dan semua manusia

so sempena dah masuk tahun baru ini
aku mengharapkan result exam aku tuk sem lepas akan naik dan bertambah baik
amin

lagi satu
aku mengharapkan perhubungan yang baik
sesama ahli keluarga
sesama kawan
sesama manusia
insyaAllah

maybe itu sahaja
yang lain simpan dalam hati dan sentiasa berdoa supaya menda tu jadi kenyataan=)

Thursday, November 25, 2010

kenapa aku masih solo?

kenapa
aku
masih
solo
......................................................................

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

kekadang tak perasan jugak!

bile hati tak menentu
bile segala2 nye macam kelam kabut dalam hidup
bile sakit hati
bile rase nak nangis
bile semua when wrong!!
sume ditulis dalam blog
n kadang2 saya tak ingat pun yang saya taip blog...
hurrrrrrrrrrrrmmmmmmmmm
hati tenang laaaaaa
kalo kite baek macam mane pun
still ade cabaran hidup untuk kite
kalo tak dari diri sendiri dan orang yang kite sayang
mungkin juga dari family,
kawan kawan,
ataupun sedara2 kite  
urmm

Sunday, November 21, 2010

SEM BREAK

holla bloggers....
cuti2 nieh semua stdnt akan rase mende yg sama...
------> BOHSAN!!!! <----------
wahhhhhhhh!!!!

.cantik wanita.


Wanita, pada sepasang matanya yang hening selalu menjeling tajam kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak pada hilai tawanya yang gemersik suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Wanita itu sangat cantik. Tak tergambar dengan hanya sejuta perkataan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua Wajah akan suram, mata akan kelam.

Hanya satu yang tidak akan dimamah usia sifat keperempuanan yang dipupuk  dengan iman dan ibadah.

'' Dunia adalah perhiasan, dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. ''

  aku paling tertarik sekali ayat-ayat kat bawah nie. wow.!.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?? # Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

p/s
: accept me as who i am.
: thank you.

Saturday, November 13, 2010

kenapa ada orang yang memang mengada-ngada, pastu tak boleh orang lebih dari dia, suka menunjuk-nunjuk, pastu memang suka buat orang lain menyampah? rasa nak tempeleng je. cisss

opss! bukan sorang, tapi ramai sangat yang macam ni. lemas aku! eee rimas gle!

Monday, November 8, 2010

examination is c0oming up!!!!

esok exammmmmmmm!!!!
mampus ak......
waaaaaaa ak x study.......
eh no2 bkn x study....study tp otak ak dah stuck!!!! xleh terima apa yg ak bca tuhh....
OMG!!!! help!!!!!!

Tuesday, November 2, 2010

Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN

Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN

Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN

Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN

Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..

Saturday, October 30, 2010

sungguh-sungguhnya aku memohon...


owh tuhan..
cepat-cepat kabulkan doa ku..
tutup kan pintu hatiku untuk dia. dia. dia. dia. dia. dia. dan dia.
aku tak mahu ade ase sayang pada dia,,,,

ehhh bkn xmahu ada asa syng... 
cuma aku tak mahu ada ase cinta pd dia yang bukan ditakdir kan untuk ku.....

Tuesday, October 26, 2010

pagi2 mcm ni aku wat lawatan ke blog sendiri. *sepinya blog aku.adakah sesepi tuannya*?

ingin meluah rasa hati....but..ignore it!!!! arhhhh  

&&

Aku sangat busy sejak kebelakangan ini. Busy dengan segala mcm assignment.PBL..presentation , test....
lagi 2 minggu aku nak final exam plak.huhu..plezz pray for me.

ok i got to go..nanti free2 i dtg lg okeng.bye*(^_^)

Monday, October 25, 2010

It's an examination week and . . .

First of all aSalam to you, the readers! Ahah.

Annddd yeah back to the actual topic. I am gone through the so called " THE WEEK OF SUFFERRRR"

It's examination week here in KPTMAS and everyone is with their books! Revising.

Me? Oh well, I am done with books. I am just chillexing, you know.

No lah, It's just that Pray and Wish me for my best yah! Thanks. Peace to all .:)~_^

Saturday, October 23, 2010

PROJECT + PRESENTATION = TENSION!!!!

pening..serabut kepala..tension..semua aku ngah rasa sekarang..untuk esok pulak..cuak..sebab??..sebabnye..esok aku akan bentangkan projek aku...aku tak tau nak bentang ape..yang pasti aku harapkan lulus sudah memadai..kalo dapat keputusan cemerlang lagi bersyukur kan..tapi..macam susah untuk aku dapatkan markah sebaik semester lepas untuk projek aku nie....entah boleh siap ke tak..tapi kena siapkan jugak malam nie..cuma sempurna atau tak je..memuaskan atau tak..aku malas nak fikir dah..yang aku tau..aku kena siapkan malam nie jugak..slide presentation untuk esok tak buat ape-ape lagi..ntah ape nak jadi la esok nie..sudah la aku 1st presenter...aku yakin dan pasti..banyak kesalahan dalam penulisan final report yang bakal aku hantar esok ..lantak la..aku dah blur..tak tau nak fikir dah.banyak sangat tugasan..so, malam nie kena berjaga  lagi..duduk depan laptop ...buat PROJECT smpi siap la mknanya..aduhhhhh!!!!

Sunday, October 17, 2010

RASA HATI KITA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN

TAPI MUNGKIN TAK SAMPAI
UNTUK MENJADI KEKASIH

MANUSIA BOLEH BERKATA
APA MEREKA SUKA

JANGANLAH TERSALAH TAFSIR
DAN TAK MERENUNG TAKDIR

RASA ANTARA KITA BERDUA
HANYA KITA YANG DAPAT MERASA
SERASIKAH DI ANTARA KITA
ANUGERAH TUHAN PENCIPTA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN
TAPI INGAT PANDANG TUHAN
BIAR TERBATAS DAN SOPAN 
BIAR TUHAN MENENTUKAN

Not Me!!!

suka
tak suka
suka
tak suka

err.. ape nieh??
hurmm..

tak tahu. mcm ada yg tak kena
ada rasa bersalah
ada rasa tak suka
yg penting i'm n0t happy...

senyuman mmg nmpk kat muka ni,
tapi dlm hati?
tak hepi..
and.. dunn0 why..

rasa nak luahkan..
tapi...
tak tahu apa nak ckp..

ahh.. s0rry..
i dun kn0w wuts wr0ng wif me..
bagi balik m00d hepi saya.......!!

Sunday, October 10, 2010

crita ny ak copy dari s0mebody d'faceb0ok.... maaf bkn niat nk mceroboh tp ny blh bt rujukan n pengajaran untk kte smu!!!

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Tuesday, October 5, 2010

duit penting!!! tp ak nih agak pemboros!! arkhhh tension2

tak tahu macam mana nak cakap. [jadi tulis je.]

pernah dengar tak,
'dun judge a book by its cover.?'
kene ke tak ek dengan situasi sekarang.?

oh.

perubahan bakal dilaksana-kan.

-jimat.jimat.jimat.

makan sehari sekali boleh.? -boleh kot. insyaallah. try.

-jimat.jimat. jimat.

benda merapu jangan gatai dok beli naa. haih. (-_-)'' cuba.

-jimat. jimat. jimat.

jarang-jarang-kan keluar untuk enjoy. argh.! [tolong jangan ajak. nnt aku pergi jugak.]

boleh kan.? em.


: mahu kerja.!
: makan sekali sehari pon leh survive kan.? kan.? kan.? 

jangan sedekah-kan simpati kat aku. ni baru betul cabaran hidup. ;D

Monday, October 4, 2010

.hanya pada DIA.


assalammualaikum. (:

jam 0237am. fuiyoo. tak tido lagi ke tuan punya blog nih.?. (-_-)''
naa, i cant sleep at all. mata dah ngantuk, tapi tetap tamao pejam.

'everything happens in our life has their own reason.'

kita nie siapa.? manusie je kan.?.  jadi, terima lah kalau,
'manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.'

urgh.~

alhamdulillah. kebenaran dah dapat. dah tahu. 
sakit.? hahah. mesti lah.
kan ade pepatah kate, 'kebenaran kadang-kala menyakitkan.'
yeah, dah rasa baru tahu.

tapi,
'kebenaran juga melegakan, kemudian merunsingkan'
haha. jangan tak mengaku. itu benar. im human too. hik. ;p

ape yang dirunsingkan pon entah-lah.

kadang-kadang bila dah runsing, serabot, kita mula duduk diam,
berfikir, berfikir dan berfikir.
'Ya Allah, aku dah jauh dari Kau rupa nya. sebab tu Kau runsingkan hati aku, supaya aku ingat Kau.'

i did. sumtymes, dengan bzy dunia ; pelajaran, sosial, kerja, rutin, kita memang akan lalai.
ingat Allah 5 minet, ingat assignment berjam-jam selagi tak siap. [assignment je la.?] =p
leka. :(

Maaf-kan hamba-Mu ini Ya Allah.

'aku harap kau jaga benda tu, sesuatu yang dinamakan hati.' - really appreciate this words, from my friend. i luv u beb. tenks.!

hati kita milik Allah.

hanya dengan Dia, hati kita tak pernah kecewa.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah terluka.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah terpesong.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah kosong.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah gundah.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah ragu-ragu.
itu pasti.

(:

thank you Allah.

- tak tahu kenapa nak taip entri ni. mungkin lepas luah, lega. mungkin.?
- berjanji, lepas habis taip entry ni, takkan fikir pasal tu dah. janji.!
- hati ini perlukan bimbingan menuju kepada Dia.
- jangan tanya kenapa dengan aku. cuma sama-sama ingat-kan diri. :')

Ya Allah, jangan-lah Engkau sesatkan kami. Bimbing lah kami. lindungi kami. sesungguh nya kami terlalu senang alpa kepada-Mu, terlalu mudah tergoda oleh duniawi, terlalu leka mengejar  nikmat kehidupan yang sementara. Ya Allah. ampun-kan hamba-Mu yang lalai ini.

Sunday, October 3, 2010

diri ku yg pening-pening lalat!!

Sekarang di collage ramai cakap aku selalu happy2, gila2 dan mcam xdak masalah langsung... itu yg aku nak orang nampak. Tapi kepala hotak yg nak pecah, minda yg hampir gila dan hati yg dekat nak meletup cuma aku yg tahu... Tahniah buat aku sebab berjaya maintain perangai " show happiness so other can follow, hide the sorrow so other won't know"...

awak!! kamu!! engkau!!



awak.
saya sayang awak.
tapi tu tak bermakna saya cinta kan awak.

apa maknanya???
kadang kadang kan terfikir gak.
kenapa kita perlu jatuh cinta pada orang yang tak mungkin akan jadi milik kita.
or senang cakap yang tak de hati kat kita.
ye, mungkin dia pun sayang kita.
tapi hati dia untuk orang lain.
boleh ke kita terima hakikat tu ?

macam mana nak buat orang yang kita sayang pun sayang kan kita dan cinta kan kita ?
jawapan nya.
tak semudah yang kita sangka.
cuba tanya pada diri.
senang ke nak ubah hati orang ?
senang ke nak buat orang sayang kita ?
cinta kita ?
tak kan ?
macam cinta.
cinta tak boleh dipaksa.
sama gak sayang.
sayang mana boleh dipaksa.
semua ni terpulang pada diri sendiri nak sayang sape nak cinta sape.
kita tak de hak nak paksa atau mungkin tak paksa.
cuma tanamkan perasaan tu dalam hati dia.
biar lah semua tu wujud sendiri.
itu lebih baik.
perasaan tanpa paksaan lebih menampakkan keikhlasan seseorang.

dan bagaimana pula dengan orang yang suka kan kita tapi kita tak de perasaan pada dia ?
susah kan nak terus terang pada orang tu yang kita tak suka dia.
kita mungkin fikir tak pe lah aku kawan je lah ngan dia.
dan tak terus terang perasaan kita pada dia.
boleh pulak awak lukakan perasaan orang lain sedang kan awak tak nak orang luka kan awak.
bila awak terlalu rapat dengan orang yang suka awak.
dia mungkin akan fikir awak suka dia.
dan bila nanti dia tau dalam hati awak ada orang lain.
dia yang akan terluka.
awak akan bahagia.

suka, sayang, cinta ?
semua tu membawa maksud berbeza.
nilai lah hubungan anda dengan sesiapa sahaja di sekeliling anda.
apakah perasaan anda pada mereka.  

p/s:
sory yuk!!! ak xda tjukan utuk spa2 pon stetment d atas tu....just nk kongsi apa yg pernah berlaku d persekitaran kte nih!!! huhhu so amik lah sebagai iktibar hahah

Monday, September 27, 2010

Rasa Kasih dan Sayang Hanya Pinjaman????

Aku pernah terbaca@ tertengok.. tak tahu lah ape, blog ke, dalam paper ke..
Ade something said, rasa kasih sayang tu hanyalah pinjaman dari Allah sajaa.


Betul tak rasa  kasih sayang tu hanyalah pinjaman je.???
Bila² masa boleh ditarik balik.
Takut tak?
Kalau takot, kenapa masih tak insaf²??
Huhuhu..


Ape motif tulisan saya ni yee..
Kamu paham?
Makin lama makin serabutt lah!

Sunday, September 19, 2010

I Ate Too Muchh

My stomach , wow ! Overload tahu tak ? HAHA , Banyak gilaa makan time raya nihh . Pergi toilet pun boleh tahan banyak kali jugak . Entahh , Semua kelihatan sedapp :) Makan jelaa , Rugi kan ta makan . Raya setahun sekali jea . Rendang , jarang ada . Apa lagi ketupat kan ? HAHA Pehh , memang ta menahan gila perutku . Segala nya aku nak . Tapi untuk sekarang ni , Bila pikir balek , Kena kurangkan makan ! Dah gemuk laa . Adoi , Berisi . Minum Jusmate5 ah ! HAHA :D
 

Monday, September 13, 2010

Raya 2010

Ketupat palas, kuah kacang, lontong, nasi himpit, rendang ayam, rendang daging. Ok. Semua complete.

Tapi macam biasa la. Budaya raya orang melayu sekarang dah jadi benda biasa. Tak ada yang baru. Mungkin seronok bagi budak-budak sebab raya ni masih benda yang fresh bagi diorang. Yang dah puas, ak tak boleh nak cakap dah bosan. Sebab raya bukan celebration budaya, dia celebration agama. Syukur kepada Allah.

Thursday, September 9, 2010

buhsan gak mlm2 raye nih..
td da masak..
tp..agk sdeyh..tp xpe ira..ujian Allah..
trme kasih ya Allah..krne mnyedrkn aku..
:)
esok raye ..ibu ajk masak rendang ayam..nyummy! my febret!
tp kn,rndu plak nk dpt duet raye! hehe! dah besor2 ny leyh dpt duet raye x??
:p
mlmni rase xnk tdo.
nk chat ngn sesape jek mlmni.
hehehe~
tp xlupe gak tgk iluvislam.com
besh sgt bce artikel2 kat ctu.
korg bukak la ek

Tuesday, September 7, 2010

aidilfitri


baeklah. lusa da nak raya. jadi, sempena saye masih tak busy dan dapat mengonlinekan diri kat blogger.com nih, ingin saya ucapkan selamat hari raya buat semua orang, tak kira kat mana saje anda sume berada :) selamat hari raya maaf zahir batin.

saya menyusun sepuluh jari tangan (kalau campur jari kaki, 20 jari), ingin mohon maaf kat sume orang, maafkan saya kalau ada buat anda sume kecik hati, terguris perasaan, dan yang sewaktu dengannya. maafkan saya, kalau2 perangai saye agak keterlaluan, dan maafkan saya, kalau ada buat anda rasa tak senang hati dengan saya. saya memang sangat selalu buat silap, kadang2 cakap pon main lepas jeh. dan saye salu gak emo tak bertempat. maaf sangat2 pada orang2 yang saye salu lepaskan emo tak betempat. tapi, seemo2 mane pon saye, lepas tuh sejuk smula. hehe. :) maafkan saye, lau ade sesape yang masih tak sejuk aty dengan saye. yang masih rasa geram dengan saye, di aidilfitri ini, saye mohon, agar segala silap dan salah dimaafkan. saye mohon, agar hati kita sama2 lepas daripada dendam dan iri hati. harap dimaafkan segalanya.

pada mereka2 yang kadang2 saye ade makan makanan anda, harap dihalalkan segalanya.
yang mana saye gurau2 melebeyh2 macam orang berkenaan takda perasaan, saye mintak maaf. kadang2 saye saje2 jeh nak gurau2 manja, tapi mane tahu ade yang tak terjadik manjanya, jadik marahnye pula. hehe. ampunnn yek. dann, mohon maaf banyak2 pada kamu2 yang saye salu cubit2 sampai lebam, saye mintak maaf sangat2, tapi saye cume niat nak gurau jeh, cuma dos cubitan tlebeyh. mohon ampun n maaf.

diharapkan Syawal ini buka satu lembaran baru untuk saye n anda sume. saya manusia biasa, yang selalu sangat buat silap, tapi, bila saye buat silap, harap anda sume bantu betolkan saye, n bimbing saye. :) saye perlukan sokongan anda sumerrrrrrrrrrrrrr. sangat2 perlukan. saye tak reti hidup sorang2, n saye sangat perlukan bimbingan dan sokongan semua orang.

agak panjang bceloteh, tapi saye tak kesah, nak celoteh jugak. saye nak ucapkan terima kasih pada sume orang, yang salu bersama2 dengan saye, susah dan senang. terima kasih banyak2. mane yang kadang2 saye terabaikan, saye mohon maaf, tapi diharapkan saye dapat jaga silaturahim dengan sume orang dengan baik insyaAllah.


saya ucapkan selamat hari raya. kita boleh bergembira2 di hari raya, tapi jangan lupa pada yang tiada. semoga kita sentiasa bersyukur padaNya...... insyaAllah.
raya nt ak akan melawat kubur tok ayah di Tanah Perkuburan Akar Peluru. harap dapat tahan diri supaya tak mencurah2 air mata bagai air paip klua dari pili.

saye rinduuu sumer orang. sumer orang, maafkan saye yep. saya sayang anda sume sangat!!! sekarang sangat saket kepala. harap cepat baek sebab banyak gilaakk keja agyyy. :(


sedih nak tinggalkan Ramadhan kali nih.. bermakna sangat Ramadhan kali ni.
harap dapat bjumpa Ramadhan tahun depan, insyaAllah..

^_^ salam Syawal....

terima kasih ya Allah....

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA!!


Assalamualaikum w.b.t!

Yippi! Happy sangat3 sebab dah nak raya! Yang paling bestnye para pensyarah pun ambil kesempatan balik awal. Al-maklumlah, kampung masing-masing jauh-jauh belaka! Ada di Perlis, ada di Perak dan sebagainya.

Aku sebagai pelajar, tumpang gembira jugalah, sebabnya? Tak perlu hadir ke kelas kerana di batalkan! abis jew test smua kelz dismiss YIPPI!!

Happy Sesangat.Di kesempatan ini, saya nak ucpkan Selamat menyambut Hari Lebaran*meskipun sedih Ramadhan dah habis kita kene bergembira juga ye di hari raya nanti!

Ingat! Jaga Keselamatan!


Maaf Zahir dan Batin! =D



Wednesday, September 1, 2010

Allah is always by your side.

Be strong

Stay focus

We do this for ISLAM!

Allah is GREAT!

Allah is always by your side. Insyaalllah!
aku tahu hati memang susah untuk ditipu.. tipu laa bila aku kata, no more love in my life.. tipu jugak bila aku kate, ko mati ke hape ke ade aku kesah?.. tipu lagi bila aku kate ego itu lebih dari cinta.... perempuan.. memang macam niyh.. kadang2 aku benci jadi perempuan,, aku pon ta suka jadi lelaki.. aku nak keluar dari sini...dan akhirnya aku......

DONE!
kalau mereka boleh, takkan aku tak boleh!
keputusan telah dibuat...
aku perlu ambil risiko..
dan tiada penyesalan...
~tq~

seriously...

"aku terasa sedih bila bulan Ramadan da smpai penghujungnya."

seriously statement atas ni benar..
aku tak tipu..
walaupon aku rse amalan aku taun lps berkali2 agk byk dr seblm nie..
tp aku mmg rase sdih bile da nk dkt raye, same cm taun2 lps..
tak tipu punye..

asalamualaikum.....oh my beruk band!!!

beruk band ak wat pangai wehh!!!!!!!!

aduyai.....aku dah la nk guna dya.....

smpai aty kau beruk....!!!!!

hissh!!

skrg ny ko dah nyusah kn ak ko tau x?????

ak buang ko g jauh2 bru ko tau.....!!!!!!!!!

Friday, August 27, 2010

Lailatul Qadar


LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.

Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.



Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.



Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud:

“Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud:

Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.

Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.



Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.


Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti :

* Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.
* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.
* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
* Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.
* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah :

* Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.
* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.
* Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.


Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu.


...salam takziah. ..


assalammualaikum.

SALAM TAKZIAH

untuk keluarga NURUL FADLIYANA atas pemergian arwah AYAHDA TRCINTA tengah hari tadi.


Ya Allah. Engkau cucuri-lah rahmat-Mu ke atas roh-nya.
Ampunilah dosa-dosa arwah semasa hidup.
tabahkan-lah hati mereka-mereka yang ditinggalkan arwah...

AL-FATIHAH

p/s : hidup tak lame seperti yang kita jangka-kan.

p/s/s : buat selagi mampu. hargai selagi boleyh.

p/s/s/s : sedihnyerrrrrrr atas dudaan yg menimpamu kwn ku..byk2 besabar ye,,... huk.