CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 4, 2012

AYAT-AYAT CINTA SUAMI ISTERI..

 (sekadar hiburan mendidik jiwa..) Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuah. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2 Pakai Toilet: 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: pang! pang! pang! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!! Balas SMS: 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K.. 6 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe…. Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??? More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut…. Pulang Kerje: 6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih... 6 bulan : I´m BACK!! 6 tahun: Masak apa hari ini?? Hadiah (ulang tahun): 6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak.. More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer. T Telefon: 6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih 6 bulan: Eh... Your call... 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! Masakan: 6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! ! 6 bulan: Kita makan apa malam ini?? 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? More Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan… Memaafkan: 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh. 6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!! Baju baru: 6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu 6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi? 6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU??? Merancangkan Holiday: 6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey? 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight... 6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE! TV: 6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini? 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah. 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK .. More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer… (harap-harap tak berlaku dalam famili kita...biar cinta dan kasih sayang segar bugar sepanjang hayat..)

Tuesday, February 28, 2012

Tolong jawab mcm ni bla bapa mertua tnya k :)

 
Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:

"Mengapa engkau nak cepat kahwin
dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
 
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan

3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja

4. Nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje

5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala

6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga

7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama

8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

Wallahua'lam (^_^')

Siapa yg nk berikn bunga gini kat ak ye?

 
Rose merah pengikat kasih


p/s: bestnye kalau aku dapat bunga ni.. teringin sgt nk org hadiahkn ak bunga mcm gini...bla ye?emm

Monday, February 27, 2012

3 TANDA SI DIA TAK BERMINAT BERBALAS SMS

Ramai orang tak tahu sebenarnya apa tanda seorang gadis/lelaki tidak berminat untuk berbalas sms dengan korang. Aku bagi korang perkara yang selalu terjadi tapi tak ramai yang tahu hal ni terutamanya lelaki. Ini tanda-tanda orang yang korang sms tu tak berminat untuk dengan korang.

1. Menghilang ketika sms
Si dia akan tiba-tiba tak balas lagi sms korang, dia balas hanya dua tiga kali saja, dan kemudian dia menghilang. Korang pulak pikir dia mungkin tak perasan sms korang tu, korang pun hantar lagi sms berpuluh-puluh pada si dia tapi tetap tak ada balasan.

2. Tak ada kredit
Ini alasan paling mudah untuk menolak ajakan berbelas sms, tapi alasan ini biasanya tak dapat bertahan lama kerana lelaki ni pemurah bila terpikat pada dia kan. Korang mesti akan topupkan si dia bila dia tak ada kredit kan tapi hati-hati, ada dua kemungkinan kenapa dia kata tak ada kredit iaitu :
-betul-betul tak ada kredit
- Mahu berhenti ber 'sms' dengan kamu
- ingin kamu topupkan

3. Balas pendek.
Bila sesorang tidak berminat untuk berbalas sms dengan korang, walaupun korang hantar berpuluh-puluh perkataan, dia hanya akan membalasnya sepatah dua kata je.

 

He will bring you through it

dengan namaMu Allah yang maha pengampun

dah banyak kali
Allah buat saya menghadapi perkara-perkara yang sangat tidak disukai
sangat tak suka...tertekan
tapi ternyata, Allah Maha Tahu

mungkin kamu suka sesuatu benda tapi tak baik untuk kamu
mungkin kamu tak suka, tapi sangat baik untuk kamu

and it is so true that
if He bring you to it, He will bring you through it

hold on that. and have faith

p/s: keep on believing in Allah. and y'all live

Tuesday, February 21, 2012

Hubungan jarak jauh


Some say long distance relationship never succeed,but I say with enough effort, time and commitment, love will find its way!
 
am I right dear? :)

Aku Masih Ada


Masih ada rindu yang merintih
masih ada harapan yang menjinjing
masih ada ruang yang terbuka
masih ada luah yang terasa

dan

masih ada hati yang terluka
masih ada doa yang terhijab
massih ada keluh yang mengembus
pasrah

aku masih ada

TAKDIR


Takdir itu rahasia Allah. Manusia perlu berusaha gigih untuk mendapatkan takdir yang terbaik buat dirinya. Janji Allah; mereka yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya. Ya, usah disalahkan takdir. Ada orang yang secara mudah mempermain-mainkan takdir Allah. "Kalau awak tidak berjaya, itu sudah takdir...". Maaf itu bukannya pemikiran seorang muslim yang sahih. Ia sekadar bermain dan berceloteh. Takdir Allah adalah rahsia-Nya yang hakiki, tiada siapa tahu dan tiada siapa yang boleh menduga. Manusia wajib berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang diingini. Kesungguhan dan komitmen itu yang diberi ganjaran olah Allah. Komitmen itu juga akan disusuli dengan kejayaan dengan izin Allah. Jika sedari awal kita meletakkan takdir di hadapan, bererti usaha dan daya penggerak menjadi perlahan dan menurun. Di situlah kegagalan tercipta.

JANJI


JANJI mudah disebut tapi terlalu payah hendak ditunai humm

hancur hatiku

Asalam ...

atas sebab2 tertentu ...aku xleh nk terlampau bercerita rase ati dlm belog ini .
cukup sekadar aku berkongsi perasaan...sesungguhnya di saat ini aku tersgt ar sedeyh..

Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau ampunkanlah dosa2ku Ya Allah
berilah aku kekuatan mengharungi ujian Mu
berilah aku kegagahan menghadapi cabaran Mu
sesungguhnya aku hambaMu yg lemah
terima segala ujianMu Ya Allah!!!

Monday, February 13, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU

YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Wednesday, February 8, 2012

In love dengan kawan sendiri? pernahkah anda rasai?


i seen a lot of people kat luar sana yang terjatuh cinta dekat bestfriend kn?
memang tak dinafikan bile kite berkawan baek dengan berlainan jantina ..perasaan tersuka tu mudah hadir..nak nak bff kite tu jenis caring..lawa siot or hensem nak mampus..lagi lah cepat mencair macam gule..

i have no wonder that much sebab memang bile there is someone knows u so much more than u do..always there for you..listening and understands u more than anyone could..it is possible to fall for them..sometimes memang kite suke menafikan yang kite dah jatuh cinta kat kawan kite..tapi sebenarnya perasaan tu lah yang menggila giler bermain di kotak pikiran..

dont be surprised yang ada antara kite yang suffer for years.just kerana dia mencintai bestfriend dia sedangkan bff dia tu tak tahu menahu langsung..or tidak pernah memperdulikannya..

to me la..baek terjatuh cinta pada stranger or orang yang just so-so je sebab perasaan tu akan cepat hilang and tak membunuh dengan kejam sangat..
but if kite mencintai kawan kite..suffer tu biasanya berpanjangan sebab setiap hari akan mengadap muke dia..and lagi lah heavy kalau bff kite tu dah ade pakwe/makwe..and each time bff kite tu cerite kat kite tentang gf/bf dia..mengadu, memuji..mesti kite rase sakit yang sangat2 menyengat..rasa macam nak bagi penampor laju2 tapi sabor jelah..pretending to be cool and pretending lol!lol! konun2 gagah la hati tu..

masalahnya,kite mencintai kawan kite yang tak mencintai kite..masalah besar seperti itu jangan diambil ringan sahaja!!tau tak kenapa?sebab bile kite suka or cinta kat kawan ni..dia macam kite kena magik or ilmu hitam hahaha(over giler pepatah)..

tapi kan memang betul sebab sakitnya rasa mencintai dia yang tak mencintai kite apatah lagi orang yang kite cintai itu mencintai makhluk lain dan makhluk yang mencintai orang lain itu adalah bff kite yang kite cintai!(dont jugde this beautiful "ayat" if u do not know about the art haha)

orang kate kalau kite mencintai seseorang tu..pergi gtau on their face kuat2 supaya dia tahu..walaubagaimanapun(haha),aku rase perasaan sakit tu tripple bai bile kawan kite tu reject kite uncooked-uncooked (mentah-mentah lol)then lepas tu..dia ignore kite and buat derk je..memang time tu muke kite rasa macam pantat kuali sebab bengang..malu..rase bodoh pon ade..and lastly kite pon terpikir..kalau jadik macam ni..baek tak yah gtau ..just keep it secret sampai badan tinggal tulang..

so bagi aku..jatuh cinta kat kawan sendiri tu normal..tapi jgn kite biarkan benda tu control kite..and tak salah kalau kite nak honest ngn dia..tapi before that..tengok dulu hint dia..kalau dia pon macam suke kat kite jugak..just tell them..

but big no if our bff tu..dah ade pasangan..or memang langsung tak nampak suka kat kite..sebab kadang2 dengan berterus terang..things will get worse..and lastly u lose that special relationship that means so much to you!!

*Bila nak kawin nie???

-----fuhhhh soalan mencabar nie..kalau jawab..confirm akan berlarutan soalan-soalannya..contoh if jawablah kan...soalan-soalan akan menyusul----

*Dah adalah nie kan???---nak tak nak kena jawablah kan..mode::xsuka)
*Bakalnyer asal mana???---see..berpanjangan kan..kena jawab lagila nampak gayanyer
*Kerja pea bakalnyer???---da cam polis lak makcik nie..mode::tension
*Da jumpa familynyer???---ohhhh serabutnyer..mode::cam pesalah kena soal siasat
*if jawab dahla kan..so familynyer ok???
*familynyer senang ke susah???---makcik oiiii..bersangkut paut ke yea kaya ke miskin???mode::pelik
*Ramai ke adik beradiknyer??---aiyoooo sape yang mau kawin nie sebenarnyer???mode::confius
*Bila lagi nie..tak takut ke lambat-lambat..umur bape doh???---makcik..kalau boleh..hari nie gak sy nak kawin..tapi tu la susah..coz kalau sy wat mjlis akad nikah jeak kang..makcik macam-macam umpat kat saya plak..bakal suami miskin la..duit hantaran sikitla..kedekutla..mode::tension tahap gaban deh.


p/s::sebab tu bila orang tanya bila nak kawin..cukupla jue bagi SENYUMAN jeak..takut..banyak hati lak tanpa sedar jue lukakan..padahal tak de niat kan..tapi soalan nie memang jue tak ley nak elak la..benda wajib untuk jue sekarang..tapi maafla jue tak kan jawab..senyum serasanya da cukup kan...:-)


teet::thanks pada yang mengerti..sama-samalah doakan untuk jue moga cepat sampai jodohnyer..tak salah kan mintak orang doakan kita..manalah tau doa orang lain tu lebih afdal diterima dan dikabulkan Allah SWT..InsyaAllah...aminnn..:-)

bende bodoh


Saya slalu tgk video kat youtube
Macam2 video saya tengok.
Tapi kan, pelik. ramai sangat orang2 melayu yang suke bergaduh kat komen2  youtube.
kt video politik saya tak heran sangat. ni kt video ceramah agama pon nak begaduh
video cinta muka buku pon kene. aik?
Bengap ke hape?


Seriusly,bergaduh main tulis2 komen ni macam orang tade kemaluan (sopannye bahase)
Ape yang dapat pon saya tak tau
kan senang tinggal no phone kat komen tu
jumpe
bertumbuk kat luar.bebetul.baru la ade kemaluan.baru la ade kalah menang
ops,lupe.mungkin mereka punye kemaluan da takleh tegang kot (dibaca mati pucuk)
ini tidak.masing2 nak betol sampai mampos pon tak settle


Malaysia makin maju tapi melayu makin bodoh tp tak semua

p/s : berentila buat kerje bodoh.

sedihh :(

Al-kisahnya...

girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita

boyfriend :untuk ape ? malas la .. awak .. petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..

girlfriend :hurm .. yelah.

boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..

girlfrend :hadiah? .. ok ..

boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak ..

girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak c...in...cin hubungan kita !( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )


lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya ..

tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak ..

lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas .. perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata ..

' you .. see in my pocket.. '

dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata ..

will you marry me ?? ..

di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut .. tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama- lamanya

Tuesday, January 31, 2012

Nasihat untuk Para Suami Mithali

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

 
JIKA SUAMI 

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?
JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ….
KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. …
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
OLEH TUHAN YG MAHA ESA…
CERITA 1

rm1.jpg 

rm5.jpg 


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..

CERITA 2


cow1.gif
yellowdog.gif

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

CERiTA 3

tembikai.JPG 

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Hanya Ingin Mengingatkan ….


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Menarik:)


Nak seribu daya, tak nak sejuta dalih – Kental dan cukup tabah. Ini yang saya kagum dengan insan yang bernama Wan Aini. Mana taknya, walaupun baru saja terpaksa dipotong  kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya akibat gangren, dia tetap cekal untuk terus menyambung impian menjadi seorang pendidik di UPSI. Kita pula macam mana? Takkan setakat baru pening sikit, dah ponteng kelas @ tak datang kerja?

Sediakan payung sebelum hujan – nampak gayanya, H1N1 dahpun kembali mengganas. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Jom sama-sama amalkan prinsip “Prevention is always better than cure”. Itupun kalau kita sayang diri sendiri dan keluarga kita. Jangan pula nanti cakap “takde orang bagitahu pun!”

Anjing diberi makan nasi takkan kenyang - angka 2,780 kanak-kanak didera tahun lalu sudah cukup menyakitkan hati. Anak-anak adalah amanah, bukannya mainan yang boleh disepak terajang. Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah jua.

Rezeki secupak, manakan jadi segantang – antara blogger yang saya cukup kagum dan hormat ialah problogger Rohaizad. Entri terbaru beliau begitu mengujakan. Banyak yang beliau kongsikan samada dalam arena IM mahupun dunia blogging sendiri dan banyak cerita yang sungguh menaikkan motivasi diri. Pesan beliau “kita selalu lihat, tapi tidak lihat betul-betul”. Sama-sama kita renungkan.

Ada seperti tampaknya apung-apung – kalahnya Manchester United dikaki Chelsea cukup memeritkan bagi peminat setia Man U. Walau ada yang berkata “ala..gol offside, nasib plak ref tak nampak”..tapi gol tetap gol..kalahpun dah kalah..menangis pun sudah tak guna. Harus diingat jua, ada lagi lima perlawanan untuk diharung, belum tentu juara EPL milik Chelsea!

Ada tangga hendak memanjat tiang – kalau kita perasan, isu plagiat dalam arena blogging sejak akhir -akhir ini makin menjadi-jadi. Mana perginya etika seorang blogger? Adakah kita sudah hilang pertimbangan hingga sanggup menciplak hasil titik peluh orang lain lalu bangga mengaku ianya hak milik kita? Memang tak tahu malu!

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak – kalau mahu berjaya, mana ada jalan senang. Kalau mahu susah, memang ada jalan senang. Akhirnya ketabahan dan kesabaran mahupun kerajinan menjadi resepi untuk berjaya. Orang kita asyik fikir nak senang dengan cara goyang kaki contohnya skim cepat kaya dan 4D (duduk diam dapat duit). Akhirnya siapa yang rugi?

Monday, January 30, 2012

Bersawang!!!!!!

Wahhhh!!! 

lma gle x update blog :)

 alamak ak bz la skrg ni..

jari-jemari pon dah keras xtau nk menaip apa.....

ini jew lah stakat ak mampu coretkan...ewaaahhh heeeee