CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 30, 2010

sungguh-sungguhnya aku memohon...


owh tuhan..
cepat-cepat kabulkan doa ku..
tutup kan pintu hatiku untuk dia. dia. dia. dia. dia. dia. dan dia.
aku tak mahu ade ase sayang pada dia,,,,

ehhh bkn xmahu ada asa syng... 
cuma aku tak mahu ada ase cinta pd dia yang bukan ditakdir kan untuk ku.....

Tuesday, October 26, 2010

pagi2 mcm ni aku wat lawatan ke blog sendiri. *sepinya blog aku.adakah sesepi tuannya*?

ingin meluah rasa hati....but..ignore it!!!! arhhhh  

&&

Aku sangat busy sejak kebelakangan ini. Busy dengan segala mcm assignment.PBL..presentation , test....
lagi 2 minggu aku nak final exam plak.huhu..plezz pray for me.

ok i got to go..nanti free2 i dtg lg okeng.bye*(^_^)

Monday, October 25, 2010

It's an examination week and . . .

First of all aSalam to you, the readers! Ahah.

Annddd yeah back to the actual topic. I am gone through the so called " THE WEEK OF SUFFERRRR"

It's examination week here in KPTMAS and everyone is with their books! Revising.

Me? Oh well, I am done with books. I am just chillexing, you know.

No lah, It's just that Pray and Wish me for my best yah! Thanks. Peace to all .:)~_^

Saturday, October 23, 2010

PROJECT + PRESENTATION = TENSION!!!!

pening..serabut kepala..tension..semua aku ngah rasa sekarang..untuk esok pulak..cuak..sebab??..sebabnye..esok aku akan bentangkan projek aku...aku tak tau nak bentang ape..yang pasti aku harapkan lulus sudah memadai..kalo dapat keputusan cemerlang lagi bersyukur kan..tapi..macam susah untuk aku dapatkan markah sebaik semester lepas untuk projek aku nie....entah boleh siap ke tak..tapi kena siapkan jugak malam nie..cuma sempurna atau tak je..memuaskan atau tak..aku malas nak fikir dah..yang aku tau..aku kena siapkan malam nie jugak..slide presentation untuk esok tak buat ape-ape lagi..ntah ape nak jadi la esok nie..sudah la aku 1st presenter...aku yakin dan pasti..banyak kesalahan dalam penulisan final report yang bakal aku hantar esok ..lantak la..aku dah blur..tak tau nak fikir dah.banyak sangat tugasan..so, malam nie kena berjaga  lagi..duduk depan laptop ...buat PROJECT smpi siap la mknanya..aduhhhhh!!!!

Sunday, October 17, 2010

RASA HATI KITA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN

TAPI MUNGKIN TAK SAMPAI
UNTUK MENJADI KEKASIH

MANUSIA BOLEH BERKATA
APA MEREKA SUKA

JANGANLAH TERSALAH TAFSIR
DAN TAK MERENUNG TAKDIR

RASA ANTARA KITA BERDUA
HANYA KITA YANG DAPAT MERASA
SERASIKAH DI ANTARA KITA
ANUGERAH TUHAN PENCIPTA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN
TAPI INGAT PANDANG TUHAN
BIAR TERBATAS DAN SOPAN 
BIAR TUHAN MENENTUKAN

Not Me!!!

suka
tak suka
suka
tak suka

err.. ape nieh??
hurmm..

tak tahu. mcm ada yg tak kena
ada rasa bersalah
ada rasa tak suka
yg penting i'm n0t happy...

senyuman mmg nmpk kat muka ni,
tapi dlm hati?
tak hepi..
and.. dunn0 why..

rasa nak luahkan..
tapi...
tak tahu apa nak ckp..

ahh.. s0rry..
i dun kn0w wuts wr0ng wif me..
bagi balik m00d hepi saya.......!!

Sunday, October 10, 2010

crita ny ak copy dari s0mebody d'faceb0ok.... maaf bkn niat nk mceroboh tp ny blh bt rujukan n pengajaran untk kte smu!!!

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Tuesday, October 5, 2010

duit penting!!! tp ak nih agak pemboros!! arkhhh tension2

tak tahu macam mana nak cakap. [jadi tulis je.]

pernah dengar tak,
'dun judge a book by its cover.?'
kene ke tak ek dengan situasi sekarang.?

oh.

perubahan bakal dilaksana-kan.

-jimat.jimat.jimat.

makan sehari sekali boleh.? -boleh kot. insyaallah. try.

-jimat.jimat. jimat.

benda merapu jangan gatai dok beli naa. haih. (-_-)'' cuba.

-jimat. jimat. jimat.

jarang-jarang-kan keluar untuk enjoy. argh.! [tolong jangan ajak. nnt aku pergi jugak.]

boleh kan.? em.


: mahu kerja.!
: makan sekali sehari pon leh survive kan.? kan.? kan.? 

jangan sedekah-kan simpati kat aku. ni baru betul cabaran hidup. ;D

Monday, October 4, 2010

.hanya pada DIA.


assalammualaikum. (:

jam 0237am. fuiyoo. tak tido lagi ke tuan punya blog nih.?. (-_-)''
naa, i cant sleep at all. mata dah ngantuk, tapi tetap tamao pejam.

'everything happens in our life has their own reason.'

kita nie siapa.? manusie je kan.?.  jadi, terima lah kalau,
'manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.'

urgh.~

alhamdulillah. kebenaran dah dapat. dah tahu. 
sakit.? hahah. mesti lah.
kan ade pepatah kate, 'kebenaran kadang-kala menyakitkan.'
yeah, dah rasa baru tahu.

tapi,
'kebenaran juga melegakan, kemudian merunsingkan'
haha. jangan tak mengaku. itu benar. im human too. hik. ;p

ape yang dirunsingkan pon entah-lah.

kadang-kadang bila dah runsing, serabot, kita mula duduk diam,
berfikir, berfikir dan berfikir.
'Ya Allah, aku dah jauh dari Kau rupa nya. sebab tu Kau runsingkan hati aku, supaya aku ingat Kau.'

i did. sumtymes, dengan bzy dunia ; pelajaran, sosial, kerja, rutin, kita memang akan lalai.
ingat Allah 5 minet, ingat assignment berjam-jam selagi tak siap. [assignment je la.?] =p
leka. :(

Maaf-kan hamba-Mu ini Ya Allah.

'aku harap kau jaga benda tu, sesuatu yang dinamakan hati.' - really appreciate this words, from my friend. i luv u beb. tenks.!

hati kita milik Allah.

hanya dengan Dia, hati kita tak pernah kecewa.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah terluka.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah terpesong.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah kosong.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah gundah.
hanya dengan Dia, hati kita tak pernah ragu-ragu.
itu pasti.

(:

thank you Allah.

- tak tahu kenapa nak taip entri ni. mungkin lepas luah, lega. mungkin.?
- berjanji, lepas habis taip entry ni, takkan fikir pasal tu dah. janji.!
- hati ini perlukan bimbingan menuju kepada Dia.
- jangan tanya kenapa dengan aku. cuma sama-sama ingat-kan diri. :')

Ya Allah, jangan-lah Engkau sesatkan kami. Bimbing lah kami. lindungi kami. sesungguh nya kami terlalu senang alpa kepada-Mu, terlalu mudah tergoda oleh duniawi, terlalu leka mengejar  nikmat kehidupan yang sementara. Ya Allah. ampun-kan hamba-Mu yang lalai ini.

Sunday, October 3, 2010

diri ku yg pening-pening lalat!!

Sekarang di collage ramai cakap aku selalu happy2, gila2 dan mcam xdak masalah langsung... itu yg aku nak orang nampak. Tapi kepala hotak yg nak pecah, minda yg hampir gila dan hati yg dekat nak meletup cuma aku yg tahu... Tahniah buat aku sebab berjaya maintain perangai " show happiness so other can follow, hide the sorrow so other won't know"...

awak!! kamu!! engkau!!



awak.
saya sayang awak.
tapi tu tak bermakna saya cinta kan awak.

apa maknanya???
kadang kadang kan terfikir gak.
kenapa kita perlu jatuh cinta pada orang yang tak mungkin akan jadi milik kita.
or senang cakap yang tak de hati kat kita.
ye, mungkin dia pun sayang kita.
tapi hati dia untuk orang lain.
boleh ke kita terima hakikat tu ?

macam mana nak buat orang yang kita sayang pun sayang kan kita dan cinta kan kita ?
jawapan nya.
tak semudah yang kita sangka.
cuba tanya pada diri.
senang ke nak ubah hati orang ?
senang ke nak buat orang sayang kita ?
cinta kita ?
tak kan ?
macam cinta.
cinta tak boleh dipaksa.
sama gak sayang.
sayang mana boleh dipaksa.
semua ni terpulang pada diri sendiri nak sayang sape nak cinta sape.
kita tak de hak nak paksa atau mungkin tak paksa.
cuma tanamkan perasaan tu dalam hati dia.
biar lah semua tu wujud sendiri.
itu lebih baik.
perasaan tanpa paksaan lebih menampakkan keikhlasan seseorang.

dan bagaimana pula dengan orang yang suka kan kita tapi kita tak de perasaan pada dia ?
susah kan nak terus terang pada orang tu yang kita tak suka dia.
kita mungkin fikir tak pe lah aku kawan je lah ngan dia.
dan tak terus terang perasaan kita pada dia.
boleh pulak awak lukakan perasaan orang lain sedang kan awak tak nak orang luka kan awak.
bila awak terlalu rapat dengan orang yang suka awak.
dia mungkin akan fikir awak suka dia.
dan bila nanti dia tau dalam hati awak ada orang lain.
dia yang akan terluka.
awak akan bahagia.

suka, sayang, cinta ?
semua tu membawa maksud berbeza.
nilai lah hubungan anda dengan sesiapa sahaja di sekeliling anda.
apakah perasaan anda pada mereka.  

p/s:
sory yuk!!! ak xda tjukan utuk spa2 pon stetment d atas tu....just nk kongsi apa yg pernah berlaku d persekitaran kte nih!!! huhhu so amik lah sebagai iktibar hahah