CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 29, 2011

selamat aidilfitri maaf zahir & batin

Cuti sekolah dah start bermakna ramai yang mula pulang ke kampung nak sambut raya. Beruntung la kalau kita masih ada kampung, dapat lagi merasa suasana raya kat kampung. Kumpul ramai-ramai sanak saudara. Kalau dah takde kampung lagi terpaksa la beraya kat rumah sendiri. Nasib baik aku dapat merasa beraya di kampung lagi waleaupon kg aku dekat jew dgn area rumah aku nihh..janji kampung heheheha

Suasana raya kat bandar
Suasana raya kat bandar macam tak berapa nak feeling je. Melainkan pagi tu pergi solat raya, balik makan ketupat. Lepas tu lepak depan tv je. Cari-cari channel mana tau ada cerita best. Kalau kat kampung, walaupun lepak depan tv tapi tetap rasa feeling beraya. Sebabnya, kitorang lepak depan tv pakai baju raya beramai-ramai sambil-sambil tu boleh makan kuih raya sendiri. Sementara nak siap-siap pergi ziarah rumah sedara mara.

Raya kampung sebelah mak atau bapak?
Masa sekolah dulu, aku selalu tanya member-member aku diorang lebih suka balik kampung sebelah mak ke sebelah bapak diorang.Tapi kebanyakkannya akan jawab sebelah mak diorang. Sama la dengan aku. Mungkin kebetulan kot. Masa kecik-kecik seboleh-boleh kitorang nak beraya kampung sebelah mak je. Sebabnya sedara belah mak ni kitorang lagi rapat. Lagipun selalu jumpa. Sebelah bapak jarang2 jumpa. Rapat pe ntah lagi. Tak kenal pun ada. Sama ke dengan korang?

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan selamat hari raya aidlifitri maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Raya nanti boleh la bawa rombongan datang blog ni ramai2 :)

Wednesday, August 3, 2011

Kuasa Hebat Solat Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan. 

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.
“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.
“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.


Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.


Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

atical by:webblog.myjodoh

Syukur!! Dah masuk hari | ke-4 | puasa

Saturday, July 30, 2011

RAMADAN MENANTI

Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,

Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,

Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,

Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.

Telah terukir juga terzahir di bibir muara,

Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,

Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,

Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.

Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,

Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,

Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,

Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.

Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,

Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.

Hati perempuan ..

PEREMPUAN :
Mudah sangat terluka .. 
Mudah sangat menitiskan airmata ...
Mudah sangat sakit ..
Mudah menyayangi ..
Mudah membenci ..
TAPI SUKAR MELUPAKAN ..

[ Perempuan menitiskan airmata bukan untuk saja - saja , tp ingin melepaskan apa yg terbuku di hati  ]

JANGAN MUDAH MENILAI PEREMPUAN MELALUI LUARAN , TAPI SELAMI LAH HATI NYA ..

Wednesday, July 27, 2011

Ramadan is coming up!!


Ramadan akan menjelang lagi. Jika kita merindukan kehadiran yang indah, inilah masa bahagia, masa betapa dekatnya jiwa kita bersama Allah, inilah waktu kedamaian, keadaan ini belum tentu kita akan temui lagi tahun depan. Sempatkah kita jumpa 2012?

Sementara kita masih ada peluang yang hanya beberapa hari ini, kita hirup udara malamnya. Kita sedut udara sahurnya. Kita kini sedang berada pada hari perpisahan Syaaban yang sangat memilukan. Perpisahan dengan hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa melakukan satu ibadat sunnah pada Ramadan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadat wajib pada bulan selain Ramadan. Dan barang siapa yang melakukan ibadat wajib pada Ramadan, maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadat wajib di selain Ramadan." (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah).

Moga Ramadhan yang bakal menjelang memperoleh keampunan Allah terhadap dosa yang tidak sanggup kita semua kira lagi.

Life!!!Full of lie!!



Life sure something that full of enjoyment . . It also something that always kind tossed our life upside down . . perhaps sometimes we don't alert about it but state in our mind that LIFE around us always full LIE . . believe me . . LIE . . maybe it something that not really important because we always thing that it will not going to make our life upside down but for the reality we all had to live in LIE . . make other believe . . make other expect something that we don't sure we can do it or we could in this real life . . 


Dear people sometime we do need the lie to complete our daily life but for me it really not a right thing to do because we have to and had to stood on the right roads . . because of lie so many people had to suffer because they were dying believing something that right and sometimes in real world that thing don't exist . . 

travel + journey ツ

saat aku melangkah .. 
saat aku meninggalkan segala di belakang ku .. 
tanpa memikir panjang .. 

aku lupakan semua di belakang ..
melangkah untuk sesuatu yang baru ..
melangkah dengan satu harapan ..

harapan yang akan mengubah segalanya ..
biarkan yang berlalu tetap berlalu ..
biarkan ia terus menjadi sejarah ..

melangkah gagah .. 
melangkah dengan harapan ..

kerna ku tahu .. 
tiap langkah aku ..
menuju ke kejayaan di suatu masa ..

tidak akan ku biarkan ..
sejarah sebelum menghantui ..
tidak akan ku biarkan ..
ia menjadi penghalang ..

kerna aku melangkah ..
melangkah dengan satu harapan ..
bersama semangat yang baru ..

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk NISFU SYAABAN dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi . SYAABAN  terus berlalu dan tanpa kita sedari RAMADAAN kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan MEMBACA YASSIN SBNYAK 3X pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID
( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)






Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Thursday, July 7, 2011

Jika aku jatuh cinta...

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
 
Ya AllaH...
Jika aku jatuh cinta Ya allah..
cinta kan lah aku pada seorang yg
melabuh kan cinta nye kepadamu..
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai mu..
 
Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati...
izinkan lah aku menyentuh hati seseorg yg hati nye
tertaut pada mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yg palsu..
 
Ya Robbana...
jika aku jatuh hati....
jaga lah hati ku pada nye...
agar tidak berpaling dia pada hati mu...
 
Ya Robbal Izzati..
jika aku rindu...
rindukan lah aku.,..
pada seseorg yg merindui shahdid ibadah mu..
 
Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta yg setulus nye....
jangan lah kenikmatan itu...melebihi kenikmatan
indah nya di atas permulaan cinta yg terakhir.....
 
Ya Allah....
jika aku jatuh hati pada kekasih ku Ya Allah...
jangan.....jangan biarkan aku tertahtih dah terjatuh
dalam perjalanan baktiar menemu mansyih kepadamu..
 
Ya Allah...
jika kau halal kan aku menjadi kekasih mu...
jangan biar kan aku melampaui batas..
sehingga melupakan aku...
pada cinta hati...
dan perindu abadi..
hanya..
kepadamu Ya Allah..
 
Amin Yarobbal alamin..

Saturday, July 2, 2011

My 20 Birthday

I know it’s a bit overdue but saya nak juga post benda ni. Yes! It’s regarding my birthday celebration. Yes tahun ni umur dah meningkat hingga ke tangga 20. Dang! 20 tahun dah rupanya Cik Munirah Bt Azizan ni ya. Kiranya umur tu dah kira berumur juga lah. Huh? Okay abaikan. I never thought that this year will be a great one because I have faced the goods and the bad during my birthday over these past few years. Tahun ni walaupun umur dah makin meningkat, ramai yang masih ingat untuk memberi ucapan hari lahir kepada saya.

I want to say a million thanks to all who wishes me during my birthday. To those who wish me even though it’s belated, thank you so much because at least the thoughts that count. I really, really, really appreciate and thankful for everyone wishes. Kepada yang menelefonku untuk memberi ucapan hari jadi, terima kasih diucapkan. Terharu sangat sebab ada yang sudi menelefon ku. Kalau nak listkan semua yang wish, nanti takut orang lain yang terasa pula kan. Huahuahua!

Wednesday, May 25, 2011

BENGANGNYEEEEE !!!

tak tau nak cerita macamana...
tapi......
bengang aku ni buat aku sedih jugak ..

perasaan aku sekarang rasa macam
nak marah orang !! aku bengang  !
bengang  ! and bengang sangat !!

tapi

rasa nak menangis pun ade jugakkk.... hmmmm...

kenapa ni iera ?...
tolong larhhh... tolong kembalikan mood saya... hmm

mo0d : bosan der !!!!!!!!!

 assalamualaikum

hai readers.. apa khabar ? korang mesti sihat kan .. kalau sihat tu alhamdulillah lah .. heehe

hmmm.....

sekarang sudah bermulanya cuti semester ak yang membosan kan.. member2 yang lain semuanya ada aktiviti masing2.. busy je aku tengok diorang semua.. grr, sumpah jelez ....

patut lah diorang berkobar-kobar sangat nak balik awal.. sebelum habis final pun dah duk kalut2 kemas barang  ..

apa yang aku boleh buat, cuma menghabiskan masa aku depan laptop jelah.. adoii, bosan kot... grrr
bila dah bosan macam ni...hari2 megadap laptop pon bosan jugk....dah ctau nk kelebek apa hadoiiiii
 
bosannn laaa....

????

Tika dan saat ini..bermain2 satu persoalan di minda, benak, dan perasaan..
Walaupun dah lama mengenali, persoalan ini tetap muncul..dan menjadi lebih hebat pd masa sekarang.
Bermacam spekulasi dan teori yg aku monologkan tentang dirinya. Mmmmm...~~~


Sunday, May 22, 2011

AL - FATIHAH

Salam...

Semua sedia maklum dengan tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat Selangor..

Memang sebak...ati ak mudah terusik bila tg0k kanak2 yang malang apatah lg yang ditimpa musibah sedemikian...sjujurny ak nih jarang tg0k berita sebab b0san asyik2 dengan cerita pOlitik je...tapi semalam ak tengOk berita sebab nak taw perkembangan tragedi nih...ak btambah tersentuh apabila temubual dengan nenek dan kawan baek kepada mangsa yang terkOrban...

...mereka dah pernah merasa kehilangan orang tua mereka di usia muda...tiba2 ditimpa musibah sebegini....sangat menyentuh perasaan....bayangkan kalo tiba2 orang kita meninggal...adik2 pulak ditimpa musibah sedemikian...ya Allah...

Ini bukan julung kalinya tragedi sedemikian terjadi....siapa blh menduga musibah akan menimpa anak2 ini...? tapi jika kerakusan dunia diketepikan dan bumi ditadbir dengan baek InsyaAllah kejadian seperti ini buley dielakkan / dikurangkan...

Semoga mangsa2 yang terkOrban ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

....Al-Fatihah...

Thursday, May 19, 2011

 
Dulu sepi seribu bahasa , kini menjadi ceria... oPpSSsss.. mungkn syg nie hadir secara tiba2..hadir bila memerlukan.. hadir bila terasa sepi, dan muncul dikala sedang resah mencari jalan yang xpasti.. kehadiran nya mmbuat dunia yang sepi kembali gembira..ketika aku sesat mencari jalan, kau hadir menjadi petaku,,...dengan kasih syg yang diberi ini , sudah cukup membantu aku meneruskan perjalanan ini kan..

Jom kenali diri ku .... btul ke ta xtau la ...


ANAK DEGIL 
Degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua ak jer yg betul..dlm ramai2 adik beradik ak jer yg keras kepala n degil .. kemahuan ak kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya,..

TAK PANDAI PUJUK

memang ak ni  tak pndai pujuk owg...klu menjadi tu menjadi la pujukannya tuh...klu xmenjadi pujukan ak nasib la owg tuh hahahah

BERCINTA

  ak kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …caring. ..(caring kew?) hahahh..

HITAM / PUTIH

Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI

 nampak jer keras…tp hati ak ny lembut juga…

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah….. mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan...

PEMAAF
seorang pemaaf…TAPI awas jgn bg ak marah….kalau  marah faham sajer lah

PAKAIAN

semua nak kemas....biar la sesimpel mcm ne pon tp biar la kemas..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..

Renungan utk diri sendiri

Jangan bersedihsekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha’ serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha’ dan qadar.

Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih, kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu…


ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Selamat Hari Ibu buat ibuku

Monday, May 2, 2011

i luv a guy tackle me likeeeee. . .


1. talks to me about something that make me laugh such as *menda mrapu yg byk mggunakan otak utk bfikir*

2. always give me a noty smile  *anything 4 y0ur smile* hahaha

3.ta terlalu manjakan ak dlm smua hal.

4. suka bterus trang gn aku tak kera lahh bnda bek or burok kaa..jnji bterus trang

5. aku suka laki yg suka mlawak ksaq, so mlawak ksaq gn aku pon da kira cara tackle aku hihii * ehh jgn mlwak yg sensitif ok t tak pasal dapat plempang! HAHA

6. haaa yg aku ska jgak..tackle aku dgn cara : bila da masok waktu solat dea ingatkan aku * ehh  da masok wktu solat la,jum solat dlu .....* kan bgus:)

Wednesday, April 13, 2011

asalamualaikum.... eeemmm dah lma asanya ak tak usik  blog nihh.. tak tau nak tulis apa.. ariny ak asa , macm nak menaip pulak kat cini hee... sbnrnya kite takan tau, dan kita tak dpt m'jangka apa yg akn terjadi.. begitu jugak la tentang perasaan...  kite memang dah mempunyai cinta dan owng tersayang di hati kte, dan ssorng itu telah bertahata di hati kite..nothing is impossible bila satu hari nanti hati kita bleh beruba pd orang lain.. smua tu bkn stu bnda or pekara yg dpt djngka oleh stiap manusia....so sbgai manusia kte hnya blh bdoa n berusha utuk mghindari smua kmungkinan ni...

Monday, March 7, 2011

SISDEF SG. TIANG 2011

asalamualikum....
entry kli ny ak nk cerita pengalamna ak at Felda Sg. Tiang..
pengelaman pertama ak sertai program ank angkat ni...
memg the best lah.....
penduduk felda yg spoting2...walawehhh terbaikkk ahh...
i like!!!!
sbnrnya byk klu nk d ceritakn 
tp asanya ak xnk la pentkn jari-jenariku ini utuk menceritakan cerita sebalik tabir nih...
so ak just nk kongsi tjuk entry nih jew utuk korang...bkn nk kongsi cita pon hahahhaha

Tuesday, March 1, 2011

Yeahh mid term sudah habes! Tapi nak menjawab tu, berasap kepala otak ni
hati? jgn tanye, dah hangus terbakar. Kucewa!!!!
I did my best. Tapi entah la…
now cuti mid sem dah start....kte g bcuti jom wah like2!!!

Sunday, February 27, 2011

Dont Dream Something That U Cant Get..

I've learned my lesson..Dont ever dreamed something that u cant get..It will made y0ur life sick n guess what,it's suck n u will feel like the worlds gonna end..I've felt it once n hell's yeah,I'm so regret that i cant make any differences in my life,not only just once..Just to be empty,it is getting much cancerous heart.N now,I'm crying myself,nobody knew coz i got deserved some regretness along my mystical mind..So be it..
i hate to be dreamed again..
yes..it made me cry always..

Sunday, February 20, 2011

mata xblh lelap nih la jdnya...

.
.
.
.
.
.
.
ceh!!..apa kehalnya ak nih...
mlm2 buta  nih xtido2 lg....
haaaa ak tau sb apa?
hormon tak betol la nih
so emosi lebih
ah tension2
eh!!!!
sory2
sori semua
mood ak xberapa bagus lately...
malas nak pikir macam2 dah..
serabut pun ade..
TENANG laaaa...
bosan la macam ni
asyik moody je..
hello encik moody sila pergi dari saya
klu blh tuh g jauh2 ek,,,,
*dalam mood nak membebel je sekarang*
sile jangan wat saya membebel ok??

Saturday, February 19, 2011

Serious ak kecewa dgn sikap dya!!
So....
Supaya  xmenyakitkan aty ak...
just shut up!!!!

Friday, February 18, 2011

Tak Akan Berulang ok!!!

hampir-hampir aku nak ulang silap masa kat sekolah dulu..
hampir-hampir aku nak give up bila aku kena blame dengan orang lain..
hampir-hampir aku nak buat decision yang silap untuk kali kedua dalam hidup neh..
hampir-hampir aku nak abaikan mereka semua..

tapi Alhamdulillah aku sempat fikir balik dengan lebih rasional..
aku sempat review baik buruk kalau aku buat decision yang sama lagi..


Semoga urusan selepas ini dipermudahkan..
Semoga hubungan akan dieratkan..
Semoga segala pekerjaan berjalan lancar..
Semoga segalanya diberkati..

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul 1432


Saturday, February 12, 2011

semangat bru...go,go chalegs team...

Dari "KAKI BANGKU" bertukar ke " CHALEGS TEAM" hahhahahah
bangGa2!!!!
dari x reti men futsal alih2 dpt naik johan....
fuhhhh mcm x pcya jew...
bg kmi...kmi tetap johan...hihihihi
kalah finalty jew pon....
huhuhuhuh
thniah all 0f u "My Busyuk"!!!!
sb kerjasma korang smua kte bjaya...
apa yg penting ......
KERJASAMA!!!!
hahahahahahahhhahha
alaaaa poya la pulak ak nih.....
dpt no2 jew pon tu pon nk bising2 kat blog an2 hihihihihi
Btw ak happy arini!!!!