CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

Nasihat untuk Para Suami Mithali

KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

 
JIKA SUAMI 

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?
JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ….
KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. …
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
OLEH TUHAN YG MAHA ESA…
CERITA 1

rm1.jpg 

rm5.jpg 


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..

CERITA 2


cow1.gif
yellowdog.gif

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

CERiTA 3

tembikai.JPG 

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Hanya Ingin Mengingatkan ….


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Menarik:)


Nak seribu daya, tak nak sejuta dalih – Kental dan cukup tabah. Ini yang saya kagum dengan insan yang bernama Wan Aini. Mana taknya, walaupun baru saja terpaksa dipotong  kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya akibat gangren, dia tetap cekal untuk terus menyambung impian menjadi seorang pendidik di UPSI. Kita pula macam mana? Takkan setakat baru pening sikit, dah ponteng kelas @ tak datang kerja?

Sediakan payung sebelum hujan – nampak gayanya, H1N1 dahpun kembali mengganas. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Jom sama-sama amalkan prinsip “Prevention is always better than cure”. Itupun kalau kita sayang diri sendiri dan keluarga kita. Jangan pula nanti cakap “takde orang bagitahu pun!”

Anjing diberi makan nasi takkan kenyang - angka 2,780 kanak-kanak didera tahun lalu sudah cukup menyakitkan hati. Anak-anak adalah amanah, bukannya mainan yang boleh disepak terajang. Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah jua.

Rezeki secupak, manakan jadi segantang – antara blogger yang saya cukup kagum dan hormat ialah problogger Rohaizad. Entri terbaru beliau begitu mengujakan. Banyak yang beliau kongsikan samada dalam arena IM mahupun dunia blogging sendiri dan banyak cerita yang sungguh menaikkan motivasi diri. Pesan beliau “kita selalu lihat, tapi tidak lihat betul-betul”. Sama-sama kita renungkan.

Ada seperti tampaknya apung-apung – kalahnya Manchester United dikaki Chelsea cukup memeritkan bagi peminat setia Man U. Walau ada yang berkata “ala..gol offside, nasib plak ref tak nampak”..tapi gol tetap gol..kalahpun dah kalah..menangis pun sudah tak guna. Harus diingat jua, ada lagi lima perlawanan untuk diharung, belum tentu juara EPL milik Chelsea!

Ada tangga hendak memanjat tiang – kalau kita perasan, isu plagiat dalam arena blogging sejak akhir -akhir ini makin menjadi-jadi. Mana perginya etika seorang blogger? Adakah kita sudah hilang pertimbangan hingga sanggup menciplak hasil titik peluh orang lain lalu bangga mengaku ianya hak milik kita? Memang tak tahu malu!

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak – kalau mahu berjaya, mana ada jalan senang. Kalau mahu susah, memang ada jalan senang. Akhirnya ketabahan dan kesabaran mahupun kerajinan menjadi resepi untuk berjaya. Orang kita asyik fikir nak senang dengan cara goyang kaki contohnya skim cepat kaya dan 4D (duduk diam dapat duit). Akhirnya siapa yang rugi?

Monday, January 30, 2012

Bersawang!!!!!!

Wahhhh!!! 

lma gle x update blog :)

 alamak ak bz la skrg ni..

jari-jemari pon dah keras xtau nk menaip apa.....

ini jew lah stakat ak mampu coretkan...ewaaahhh heeeee