CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 26, 2010

:| Bila Bertembung 2 KEHENDAK |:.

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Memang sakit dan sedih bila apa yang kita inginkan tidak
dapat. Apatah lagi jika ia sesuatu yang kita amat perlukan.
Hingga ada ketikanya kita termenung sendiri lalu terfikir....

"MENGAPA ALLAH TIDAK MAHU MEMAKBULKAN PERMINTAAN KITA INI?"

Kita mempunyai harapan dan kehendak sendiri. Harapan dan
kehendak kita pastinya sesuatu yang kita rasakan perlu dan
terbaik untuk diri kita. Tetapi apabila tidak berlaku seperti
yang kita mahukan bukan mudah untuk kita menerima kenyataan...
Itu bermakna kehendak kita tidak selari dengan kehendak ALLAH.

"Apabila bertembung dua kehendak ini kehendak siapakah yang
paling layak terjadi??"

Ya!! tentulah kehendak Allah. Kerana kehendak Allah itu adalah
kehendak Tuhan Yang Maha Adil, Maha Pengasih Lagi Maha Mengetahui.
Dia tahu yang mana terbaik untuk kita. Kerana itu kita perlu
bisikkan kepada diri kita sendiri bahawa bukan semua yang kita
inginkan akan terlaksana.Dan bukan semua yang kita angan-angankan
itu jika terlaksana akan membawa bahagia. Kita merancang sesuatu
yang terbaik. Tetapi yang terbaik itu mungkin bukan seperti yang
kita fikirkan. Bukankan ALLAH itu Maha Mengetahui??

Rasa yakin pada kasih sayang dan pembelaan ALLAH S.W.T itu wajib ada.
Rasa takut dan harap perlu menjunam terus kedalam hati. Kita tahu
yang Allah itu Maha Mengetahui. Kita yakin bahawa Allah itu tidak
bersifat Zalim. Kita tahu bahawa Allah itu Pengabul Doa dan kita
juga perlu yakin yang Allah tidak akan menganiayai hamba-hamba-Nya.

'Apa yang ditakdirkan-Nya itulah yang terbaik untuk kita.'

Cuma bagaimana mahu menerima 'baik' takdirnya itu perlu ada
penghalusan dan persediaan. Akal kita terlalu cetek dan pendek.
Tambahan pula apabila perasaan menguasai fikiran. Banyak perkara
yang kita tidak dapat timbang dengan adil. Kita perlu kenal diri
kita siapa. Lemahnya kita, jahatnya kita, berkepentingannya kita
dan bermacam lagi sifat seorang hamba yang dhaif lagi hina.

Kita perlu kenal Allah sekenal-kenalnya. Kenal yang membawa yakin
hingga membentuk keimanan di hati. Maha Hebat Dia, Maha Kaya Dia.
Dari situ membawa pula kita kenal kerja-kerja-NYa . Mengapa Allah
takdirkan begini, begitu?? Pasti ada sebab dan hikmahnya. Ini perlu
dicungkil dan diteliti. Hati yang bersih adalah hati yang nampak
segala perancangan baik Allah itu untuk hamba-hamba-Nya. Kerana itu
tiada apa yang berlaku, kita dapat mengesan sebabnya yang tersirat.
Walaupun hakikatnya ia kelihatan berpunca dari kelemahan kita manusia
tetapi Allah juga mengizinkan dan tetap jugalah segalanya untuk
kebaikan manusia itu sendiri di dunia malah lebih-lebih lagi
di Akhirat yang kekal ABADI....

p/s: Semoga dengan membaca nota ini kita dapat menambah sedikit Ilmu…
Renung2kan dan selamat beramal...

0 comments:

Post a Comment